Disiplin pemakanan
Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.
"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.
"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.
Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.
Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak.
Rabu, 29 Jun 2011
Selasa, 28 Jun 2011
Tidak habis-habis isu buang bayi . kemana lah perginya hati manusia
BACHOK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam.
Bayi lelaki itu ditemui pada pukul 11.30 pagi ketika Mohd. Satar Mohd. Ali, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membaiki motosikal di pekan Jelawat dekat sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi bayi itu dijumpai.
Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan.
“Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.
“Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Isnin, 27 Jun 2011
BINGKA KACANG MERAH
200 gm kacang merah - direbus empuk
225 gm gula
100 gm tepung beras
25 gm tepung hon kwee
1,150 ml santan
2 cawan jagung manis - dalam tin
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah jambu
Cara Menyediakan:
1. Satukan kacang merah, gula, tepung beras, tepung hon kwee, jagung manis dan garam.
2. Adun dengan santan hingga sebati.
3. Bahagikan kepada dua bahagian, satu dibiarkan dalam warna asal dan satu lagi diwarnakan merah jambu.
4. Tuangkan adunan berwarna asal ke dalam acuan yang sudah disapu minyak dan kukus hingga masak.
5. Kemudian tuang pula bahagian yang berwarna merah jambu dan kukus lagi selama 10 minit.
6. Alihkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220 darjah Celsius terlebih dahulu, dan bakar hingga kuning.
MISTERI POHON BERINGIN DI JOGJAKARTA INDONESIA
..Siapa yg berjaya bejalan melepasi dua batang
beringin ini.pemohonan mereka dipecayai akan dimakbulkan
MITOS
Pada zaman dahulu, ketika Sultan Hamengkubuwono pertama memerintah, puterinya mahu dirisik oleh seorang pemuda namun empunya diri tidak menyukainya. “Lalu tuan puteri meletakkan syarat kepada baginda sultan jika ingin mencarikan jodoh untuknya.
“Jika ada lelaki yang ingin menikahi tuan puteri, dia harus berjalan dengan mata tertutup dari balai penghadapan melalui pohon beringin kembar di tengah-tengah Alun-Alun dan tamat di balai penghadapan yang terletak di bahagian selatan.
“Apabila pemuda itu gagal melalui pohon beringin berkenaan, mereka menganggapnya berhati busuk.
“Selepas detik itu, sultan menitahkan kepada sekalian rakyat bahawa hanya pemuda yang hatinya bersih dan tulus mampu melalui laluan tersebut dan diberi peluang untuk menikahi puterinya,

Jumaat, 24 Jun 2011
Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanita
KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.
Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi.

Khamis, 23 Jun 2011
IDENTITI PENGGODAM DIDEDAHKAN
WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.
Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.
Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.
"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin
Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.
Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.
Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.
Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.
Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.
Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).
LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.
Rabu, 22 Jun 2011
BAPA ANAK BERSEKEDUDUKAN HINGGA LAHIR TIGA ZURIAT
OTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda
Langgan:
Catatan (Atom)