KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.
Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan.
Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya.
Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.
Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan.
Rabu, 28 September 2011
Jumaat, 23 September 2011
RANTAI HADIAH KASIH SAYANG UNTUK SUAMI
NEW DELHI - Seorang isteri, Kalyani Das bertindak untuk merantai tangan suaminya yang telah dikahwininya selama 50 tahun.
Das yang berusia 60 tahun akan merantai tangan suaminya yang sakit mental itu, Pachugopal yang berumur 65 tahun.
Menurut wanita itu, suaminya mengalami masalah sakit mental kerana masalah keluarga yang dihadapinya kira-kira tujuh tahun lalu.
Kalyani bekerja di sebuah warung tepi jalan dengan memperoleh pendapatan AS$1.05 (RM3.31) sehari.
Menurutnya, dia berharap suaminya akan meninggal dunia bagi membolehkan penderitaannya hidup bersamanya berakhir.
Dia berkahwin semasa umurnya 10 tahun.
Kalyani akan merantai tangan suaminya yang dibawa pergi ke tempat kerjanya bagi mengelak dia melarikan diri dan menderanya semasa dia sedang bekerja.
Kaki Pachugopal juga dirantai di tepi sebuah bangunan semasa isterinya sedang bekerja.
Dia merantai tangan suaminya pada tingkap semasa mereka menaiki sebuah kereta api dari kampung
Rabu, 21 September 2011
DURIAN
Durian telah ditemui di rantau Asia Tenggara terutama di Brunei, Indonesia dan Malaysia dan mula dikenali di dunia Barat lebih 600 tahun lalu.
Pada abad ke-19, pakar alam sekitar British, Alfred Russel Wallace menggambarkan durian sebagai sejenis makanan yang kaya dengan isi dan mempunyai aroma cukup kuat.
Isi durian boleh dimakan mentah, sebagai perisa dalam masakan, digunakan sebagai manisan malah biji juga boleh digunakan dalam masakan.
Selasa, 20 September 2011
GEJALA EMO MULA MENULAR
ALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.
Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.
“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,”
PARTI LANUN MENANG 15 KERUSI PERLIMEN BERLIN
BERLIN - Parti Lanun yang ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai lebih 50 anggota menang 15 kerusi dalam pilihan raya Parlimen Berlin, lapor sebuah akhbar semalam.
Parti itu menang sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.
Ia pada asalnya berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.
Selepas keputusan diumumkan, seorang anggota parti tersebut yang menjadi calon, Andreas Baum memberitahu stesen televisyen ZDF: "Kami mempunyai hak untuk bekerja."
Parti itu sebelum ini tidak pernah menenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen di peringkat Persekutuan.
Pengerusi parti itu, Sebastian Nerz berkata, buat masa kini, anggota-anggota parti tersebut bekerja secara sukarela.
Menurutnya, parti tersebut mahu menjadi setelus-telusnya, berjuang menghapuskan paten dan mengehadkan kawalan hak cipta yang dimiliki oleh sesuatu pertubuhan.
Dalam pilihan raya itu, Parti Kristian Demokrat yang disertai pemimpin Jerman, Angela Merkel menduduki tempat kedua.
Parti Sosial Demokrat menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu. - Agensi
Rabu, 14 September 2011
ASAL USUL PERKAMPUNGAN NELAYAN DI PULAU NUNUYAN
Ironinya, etnik Bajau Laut diiktiraf sebagai penduduk asli di Sabah malah, mereka ialah salah satu etnik awal di kepulauan Borneo sejak berabad-abad lama serta sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara.
“Dulu dan kini penempatan etnik Bajau terletak di tengah-tengah laut. Cuma yang membezakan, pada hari ini tidak lagi tinggal di atas perahu besar dan berpindah randah berpandukan arah angin. Sebaliknya, membina rumah di atas air laut dengan menggunakan kayu bakau.
“ Masih menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. fasa perubahan daripada rumah perahu ke rumah kayu yang didirikan di atas air menjanjikan nikmat kehidupan yang lebih baik. Paling penting, masa depan anak-anak terjamin kerana mereka berpeluang pergi ke sekolah,” mengenai etnik Bajau Laut yang menghuni perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut yang dipercayai berusia 300 tahun.
Pekerjaan utama penduduk di sana ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut. Biasanya, nelayan akan ke Laut Sulu, selama tiga hari untuk menangkap ikan. Paling singkat pun, mereka akan keluar mencari rezeki seawal pukul 5 pagi dan pulang pada pukul 8 malam.
Meskipun hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup warga Pulau Nunuyan Laut. Selain memastikan fasiliti asas seperti elektrik, air, sekolah dan dewan serbaguna, Hasil tangkapan di laut dijual di pasar-pasar di bandar untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
“Dulu dan kini penempatan etnik Bajau terletak di tengah-tengah laut. Cuma yang membezakan, pada hari ini tidak lagi tinggal di atas perahu besar dan berpindah randah berpandukan arah angin. Sebaliknya, membina rumah di atas air laut dengan menggunakan kayu bakau.
“ Masih menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. fasa perubahan daripada rumah perahu ke rumah kayu yang didirikan di atas air menjanjikan nikmat kehidupan yang lebih baik. Paling penting, masa depan anak-anak terjamin kerana mereka berpeluang pergi ke sekolah,” mengenai etnik Bajau Laut yang menghuni perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut yang dipercayai berusia 300 tahun.
Pekerjaan utama penduduk di sana ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut. Biasanya, nelayan akan ke Laut Sulu, selama tiga hari untuk menangkap ikan. Paling singkat pun, mereka akan keluar mencari rezeki seawal pukul 5 pagi dan pulang pada pukul 8 malam.
Meskipun hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup warga Pulau Nunuyan Laut. Selain memastikan fasiliti asas seperti elektrik, air, sekolah dan dewan serbaguna, Hasil tangkapan di laut dijual di pasar-pasar di bandar untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)