INFO SUAMI MITHALI
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu, otak suami kenalah memproses maklumat yang diterima daripada isteri denga
n bijak serta prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias si isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Jika mempunyai anak, sama-samalah menjaga anak. Ada suami, isteri sedang makan, disuruhnya basuh kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam Maharaja.
Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau goyang kaki sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
Jika suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Sedih hati isteri!
Jika hendak mengajak rakan bertandang ke rumah, beritahu isteri terlebih dulu. Jika boleh, sehari dua sebelum itu. Bolehlah dia mengemas rumah cantik-cantik dan menyediakan makanan yang enak. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak berselerak dan isteri cuma masak mi segera.
Jangan sekali-kali menyakat isteri mengenai saiz badannya yang semakin 'sihat' atau melidi. Cermin diri sendiri dulu!
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu, kenapa boleh kawal kentut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan