Khamis, 28 Julai 2011

IKAN KELI ATAU SEMBILANG BAKAR CICAH DENGAN AIR ASAM TEMPOYAK


CARA MEMBUAT ASAM TEMPOYAK
10 biji cili api dipotong-potong
sesenduk tempoyak dan sedikit garam
campur sedikit air...

susah nak hapus nyamuk pasang kelambut panas ..pasang ubat nyamuk bahaya pada kesihatan.ini kakak bagi petua membuat nayamuk.

Membuat ubat nyamuk dari serai wangi

Bahan-bahan
1 Kg serai wangi basah (daun dan batang). ia dicuci bersih-bersih.
Caranya
Serai wangi dikisar hingga halus.seeloknya kisar kering , selepas itu baru campurkan dengan 250 ml air.Biarkan semalaman.Selepas itu tapis.. hampasnya dan masukkan ke dalam botol.Cairkan dengan dengan air suling.Apabila hendak digunakan masukkan ke dalam botol penyembur dan gunakan seperti anda menggunakan racun serangga lain

Khamis, 21 Julai 2011

BINGKAI iPHONE BERBENTUK MAKANAN


TOKYO - Bingkai telefon iPhone kini berbentuk pelbagai jenis makanan seperti mi, telur, sushi dan coklat, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia kini menjadi kegilaan terbaharu di Jepun.

Namun, terdapat sedikit masalah pada bingkai tersebut kerana ia menghalang lubang kamera pada telefon bimbit itu. -

Rabu, 20 Julai 2011

PESANAN TERAKHIR ALLAHYARHAM DR LO.LO


Beliau berpesan agar semua kerja hendaklah dibuat dengan betul dan segala perjuangan yang dilakukan beliau diteruskan.

“Beliau berkata mana-mana perjuangan beliau yang masih belum selesai agar diteruskan oleh Pakatan Rakyat terutamanya isu Kampung Baru dan sebagainya

Selasa, 19 Julai 2011

SUDAH CANTIK CIPTAAN ALLAH nak DI UBAH-UBAH


KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat

Jumaat, 15 Julai 2011

Hati-hati tipu helah lelaki yang dikenali di internet


CEDERA...kesan tikaman di belakang badan Ngooi.

JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).


“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.


Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.


“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.


Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.

Khamis, 14 Julai 2011

MANDI BUNGA

ISLAM menyuruh umatnya supaya menjaga kebersihan fizikal dan kesucian rohani. Oleh itu mandi bunga yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Islam di negara ini untuk tujuan kebersihan dan mengharumkan tubuh badan adalah diharuskan. Tetapi sekiranya mandi bunga disertai dengan amalan bomoh yang boleh merosakkan akidah, maka perbuatan itu dilarang sama sekali.

Rabu, 13 Julai 2011

KERABU PAHANG


Bahan-bahan:

100 gm daun kucai
100 gm tauge
1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk
10 tangai cili padi - tumbuk
1 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge.

2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan

DENGAN MENGITAR SEMULA TELEPON BIMBIT DAPAT MENGELAKKAN BAHAN MERKURI DAN KADMIUM DARIPADA MENCEMARI ALAM SEKITAR


Secara kasar, sebuah bateri telefon mampu bertahan selama enam bulan maka secara anggarannya sebanyak 64.8 juta bateri akan dibuang dalam setahun,” ketika membuang sampah, bahan-bahan yang tidak diasingkan antara organik dan bahan tidak mesra alam akan dihantar terus ke tempat pelupusan sampah terbuka. “Bahan-bahan bertoksik daripada bateri atau telefon tadi akan masuk ke dalam ekosistem dengan mencemari tanah terlebih dahulu. Sebab itu banyak kawasan tanah pelupusan sampah kelihatan mati malah, tidak boleh ditanam apa-apa tumbuhan.

“Sebagai contoh, merkuri akan mengalir ke dalam sistem sungai seterusnya boleh mencemarkan kawasan di sepanjang sungai,” Merkuri dan kadmium adalah bahan yang sangat beracun kepada hidupan air seperti ikan dan ia boleh masuk ke dalam kitaran makanan manusia. Lebih teruk lagi, jika merkuri memasuki sistem badan manusia, ia boleh menyebabkan kematian dan penyakit-penyakit seperti kanser. Tambahnya, bateri dan telefon bimbit perlu dibuang atau dikitar semula dengan cara yang betul seperti yang disediakan oleh sayrikat Nokia atau Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Isnin, 11 Julai 2011

GADIS TERTEKAN PANJAT BUMBUNG


MACHANG – Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan terpaksa dipujuk selama 10 hingga 15 minit supaya turun dari bumbung rumah di Jalan Bahagia dekat sini semalam.

Gadis berusia 21 tahun itu, dikesan berada di atas bumbung rumahnya pada pukul 11 pagi oleh orang ramai yang terkejut melihat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit selepas panggilan.

Menurut beliau, operasi yang diketuai oleh Che Zamri Che Ya bersama enam anggota dan satu jentera mengambil masa 44 minit untuk membawa turun gadis itu yang tidak bertindak agresif.

Jumaat, 1 Julai 2011

30% MURID TIDAK BERSARAPAN

Amalan tidak bersarapan sebelah kesekolah menyebabkan murid-murid sukar memberi tumpuan pelajar
KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.
Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.
“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak merek