Amalan tidak bersarapan sebelah kesekolah menyebabkan murid-murid sukar memberi tumpuan pelajar
KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.
Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.
“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak merek
1 ulasan:
anak2 saya pun payah nak bersarapan..pagi2 sgt dia org cakap tak selera.
Catat Ulasan